Total Pageviews

Selamat datang Ke Blog Saya semoga dapat dimanfaatkan bersama.

MATEMATIK TAHUN 1

RUANG 3D

Monday 21 November 2011

Model 3D

Hai..terima kasih kerana adik2 setia dengan superscores!! Kini, pengetahuan adik2 telah bertambah dalam bentuk 3D. Sekarang, cikgu akan mengajar adik2 membuat model 3D. Adik2 mesti pernah bermain dengan LEGO kan?? Adik2 perasan tak yang LEGO terdiri daripada pelbagai bentuk 3D. JOm ikut cikgu melihat contoh2 binaan atau model menggunakan lego.





Sekarang, adik2 boleh lihat bahawa bentuk2 3D boleh menghasilkan sesuatu yang menarik. Hampir kesemua bentuk2 3D dapat adik lihat dalam binaan di atas...betul kan??Sekiranya betul, cikgu mahu adik2 bina apa jua model tetapi hanya dengan menggunakan susunan buku,botol air,tin dan sebagainya yang mudah, ringkas  dan tidak bahaya. Sekiranya adik2 telah siap, minta ibu bapa adik2 ambil gambar, dan hantar email kepada cikgu. Cikgu akan paparkan kedalam blog. kawan2 adik juga boleh lihat. Binaan yang terbaik akan mendapat hadiah.


Contoh binaan yang adik2 boleh buat adalah seperti berikut:




 

Ciri-ciri bentuk 3D

Hai adik2 yang disayangi =), setelah adik2 kenal bentuk 3D, tiba masanya untuk adik2 mengenal ciri2 setiap bentuk 3D tersebut. 

Ciri-ciri utama bagi bentuk 3D ialah mempunyai salah satu atau lebih dari ciri berikut;

1-BUCU (edge)

2-PERMUKAAN (faces)

3-PUNCAK (edge)

Adik2 boleh melihat jadual di bawah untuk huraian yang lebih lanjut








Latihan Mengenal bentuk 3D

Adik2....seronok kan belajar bentuk 3D??? Bentuk  3d  ini sangat dekat dengan kita kerana ia berada di sekeliling kita sahaja. Setelah kenal kesemua bentuk yang cikgu telah kenalkan sebentar tadi, adik perlu buat latihan.


Adik2, tanpa melihat nota, sila namakan bentuk 3D di bawah. adik2 pasti boleh buat kerana adik2 pasti sudah ingat nama2 bentuk tersebut. Selamat mencuba=) 







 Lihat gambar di bawah. Cuba adik2 kira jumlah bentuk 3d yang ada dalam gambar tersebut mengikut jenis2nya. Senang sahaja.. adik2 hanya kira jumlah bentuk yang sama dan tulis pada ruang jawapan. Selamat ,mencuba =)




Nyatakan objek yang mempenyai bentuk seperti di bawah:


 1.SFERA: _____________

 2. KON:____________

 3. KUBOID: ___________

 4.SILINDER:__________

 5. PIRAMID:___________ 






sila lihat jawapan di laman "JAWAPAN" di sisi kiri blog.

Jom kenali bentuk 3D

Hai adik2 sekalian, hari ini kita akan pelajari bentuk 3D. Adakah adik2 tahu apakah maksud bentuk 3D??

3D bermaksud
~~~ bentuk  3 dimensi iaitu panjang,lebar dan kedalaman.
~~~ bentuk yang  mempunyai permukaan sama ada rata atau melengkung.

Jom kenal bentuk-bentuk 3D di bawah. Kenalpasti bentuk dan namanya sekali.. 
.

                KON                                    SFERA   



SILINDER            KUBUS

KUBOID


PIRAMID


Sekarang, mari kita lihat barang-barang atau apa jua benda  yang mempunyai bentuk 3D...Cuba lihat disekeliling adik-adik dan cuba namakan objek tersebut mengikut bentuk 3d yang adik telah pelajari.

Contoh objek 3D ialah...